Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan dan berundur daripada biro politik dan jawatankuasa pusat ke-13 Parti Komunis Vietnam (CPV), lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Vietnam pada Selasa.
Beliau yang membuat keputusan itu atas kehendak peribadinya mengumumkan peletakan jawatan itu pada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat CPV pada Selasa, kata agensi berita rasmi itu.